Wednesday, 22 August 2012

.:puding oren:.

puding markisa
Salam Aidil Fitri buat semua umat islam yang menyambut lebaran..
alhamdulillah... lebaran kalini dapat disambut walaupun dgn sederhana...

seperti biasa,, orang laen dok beraya..
daku plak dok kat dapur n godeh2 pe patot..
maka....
terhasil puding markisa dan puding oren hasil ilham
yang telah ku renovate sikit2... credit kpd kak ita..=)

ini resepi asal :


PUDING MARKISA
Resepi adaptasi dari Puding Selasih Unggu
By: Nunung
Sumber : Buku Pelbagai Jenis Puding

2 biji buah Markisa - ambil bijinya sahaja  -ku guna 4 biji

1/2 peket agar-agar segera - ku guna sepeket
400 ml air - ku jadikan 1400ml
300 ml susu atau whiping cream - ku jadikan 400ml
125 gm gula pasir - nk lebih manis utk tahan lama maka ku jadikn 300gm
1 sudu besar sunquick perisa buah-buahan - dan ku tambah jua esen oren
sedikit pewarna kuning
2 biji putih telur jika suka - k.ita tak letak - nak mengada maka ku letak jua

  • Masak agar-agar bersama air dan gula hingga gula dan agar-agar larut.
  • Ambil sedikit agar dan campurkan bersama biji buah markisa tadi
  • Tuangkan dalam acuan yg telah di basahkan dengan air
  • Biarkan ia seketika
  • Baki agar2 tadi di campurka pula dengan susu masak hingga didih
  • Tambahkan Sunquick dan pewarna kuning kacau rata
  • Tuang kan atas puding markisa tadi.
  • Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais untuk di makan dingin


------> stepnye adelah sama n sebijik... dan mengikiut resepi asal,, puding ini ada sos..
------> tp ku buat sos tu jadi aneh krn terlebih tepung jagung.. maka ku riject sos itu...
------> namun, berkat ku lebihkn sukatan gula.. maka puding ini telah berjaya memenuhi citarasa..
------>p/s : jgn lupa garis2kn puding lapisan 1st menggunakan garfu spy lapisan 2nd melekat n x terpisah.. 
------> utk puding oren... ku gunakan resepi yg sma cume change markisa kpd oren...=)

penuh penantian...

puding oren..=)

No comments:

Post a Comment