Rindu pada insan yang bukan selayaknya di rindui,
sayangnya pada insan yang bukan sewajarnya di sayangi.
Kasihnya pada insan yang bukan sepatutnya di kasihi,
cintanya pada insan yang bukan seharusnya di cintai.
Itulah fitrah ciptaan Ilahi,
yang menitipkan perasaan itu pada setiap insan.
Tidak Allah jadikan sesuatu dengan sia-sia.
Dan tidak pula Allah jadikan sesuatu itu tanpa tujuan.
Tapi malangnya,
perasaan yang di curahkan ini,
sering di salah ertikan dan di salah tafsirkan oleh manusia.
Mereka menganggap fitrah yang Allah titipkan ini,
tidak mempunyai batas-batas yang di gariskan syarak.
Maka timbul lah istilah ‘couple’.
Lagi dasyat lagi apabila adanya ‘couple islamik’ yang menjerat anak adam tanpa di sedari.
Bermula daripada istilah ‘couple’ ini,
maka lahirlah perbuatan-perbuatan yang menyalahi batasan yang di benarkan.
Seperti keluar berdua-duaan,
berlakunya persentuhan yang tidak di benarkan,
mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang hamba dan
juga berlakunya pembaziran wang, masa dan tenaga kerana melayan karenah pasangan.
Lebih parah lagi, apabila jatuh tersungkur ke dalam lembah kemaksiatan.
Dalam sedar atau tidak,
apabila seseorang itu mempunyai hubungan yang tidak di benarkan,
telah luntur kepercayaan dan keyakinan seseorang pada janji-janji Allah dalam menentukan jodoh.
Firman Allah :
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” Surah An-Nuur(24) ayat 26.
Hilangnya keyakinan pada janji-janji Allah
menyebabkan tergadainya iman dan taqwa dalam diri.
Bahkan, tergadainya maruah dan harga diri seseorang dek kerana asyik
dengan janji-janji manis dan tipu daya nafsu.
“Dan syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.” Surah Al-‘ankabut(29), ayat 38.
Islam tidak menghalang umatnya untuk mempunyai perasaan kasih dan sayang,
namun ia perlulah di landaskan pada pertimbangan syarak.
Seandainya perasaan itu wujud,
bimbinglah ia menuju pada iman,
bukan menuju pada nafsu
yang akan merosakkan diri dan mengakibatkan penyesalan
serta hilangnya keberkatan hidup di dunia,
apatah lagi di akhirat sana.
Segala bentuk ujian yang Allah berikan,
tidak lain demi menguji keimanan pada padaNya.
Tapisan demi tapisan perlu di lalui
untuk menggapai cinta yang hakiki,
cinta pada Ilahi,
dan cinta itu kekal walau jasad hilang di kandung badan.
“Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan setan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” Surah Al-A’raf ayat 201.
_________________________________________
Disediakan oleh : Ni’ Nur Ain Mamat Nor
Penulis merupakan mahasiswa Tahun 4, Kuliyah Pendidikan, UIAM



No comments:
Post a Comment